KTMB tawar diskaun 20 peratus untuk perkhidmatan ETS sempena Tahun Baharu Cina, Ramadan

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KERETAPI Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan diskaun sebanyak 20 peratus untuk tren perkhidmatan ETS terpilih bagi perjalanan bermula 15 hingga 22 Februari 2026.

Ia bersempena sambutan Tahun Baharu Cina dan awal Ramadan sekali gus memberi peluang kepada rakyat Malaysia menikmati perjalanan musim perayaan dengan lebih jimat serta selesa.

KTMB menjelaskan, penumpang boleh menikmati tawaran itu dengan menggunakan kod promosi ETSANGPOW20 dan ONGTRAIN20 untuk tarikh- tarikh terpilih ketika pembelian tiket.

“Pembelian tiket menggunakan kod promosi boleh dibuat mulai hari ini. Sebanyak 5,000 kod promosi ditawarkan, tertakluk kepada terma dan syarat ditetapkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baca artikel lain: Muzium Negara angkat perpaduan antara kaum menerusi Program Harmoni@Muzium

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Datuk Azlan Shah Al-Bakri berkata, tawaran ini mencerminkan usaha berterusan KTMB dalam menyediakan penyelesaian mobiliti lebih cekap dan mesra rakyat.

“Diskaun 20 peratus ini memberi peluang kepada penumpang menjimatkan kos perjalanan sepanjang musim perayaan.

“Pada masa yang sama, penggunaan tren sebagai alternatif utama dapat membantu mengurangkan kesesakan lebuh raya serta memastikan perjalanan yang lebih lancar, selesa dan selamat,” katanya dalam kenyataan sama.

Beliau turut menggalakkan orang ramai merancang perjalanan lebih awal dan memanfaatkan tempoh promosi yang terhad ini.

Tiket-tiket boleh dibeli melalui aplikasi KITS Style, laman rasmi KTMB atau mesin kios KTMB bagi kemudahan pelanggan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman rasmi KTMB atau menghubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-9779 1200.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This