KPDN tumpaskan aktiviti penyimpanan haram gas LPG di Kajang

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui Bahagian Penguat Kuasa, Putrajaya berjaya menumpaskan aktiviti penyimpanan haram gas LPG di Kajang.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, ia berjaya dilakukan dalam satu operasi serbuan ke atas sebuah premis tanpa nama, 9 Febuari lalu.

Katanya, tindakan penguatkuasaan itu dijalankan hasil daripada maklumat risikan yang diperoleh oleh pasukan Pegawai Penguat Kuasa KPDN Putrajaya berhubung kewujudan sebuah premis yang disyaki menjalankan aktiviti penyimpanan barang kawalan tanpa lesen yang sah.

Jelas beliau, semasa ketibaan pasukan di lokasi, premis yang berpagar zink tersebut didapati berada dalam keadaan berkunci sebelum pasukan serbuan berjaya memasuki kawasan berkenaan untuk pemeriksaan lanjut.

“Hasil pemeriksaan di lokasi mendapati terdapat dua orang individu warga tempatan iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan masing-masing berperanan sebagai pemandu lori dan pemandu kereta.

“Pasukan serbuan menemui sebuah lori jenis Daihatsu yang membawa sebanyak 110 tong gas Petroleum Cecair (LPG) jenama BHP berkapasiti 14kg manakala terdapat tambahan 80 tong LPG berkapasiti 14kg dan 50kg di kawasan pelantar premis tersebut,” katanya.

Baca juga: KPDN laksana OPS Pantau sepanjang Ramadan bermula 19 Februari

Mengulas lanjut, Azman berkata, siasatan awal mendapati bekalan berkenaan diperolehi daripada sebuah syarikat di Bandar Rinching, Semenyih.

Begitupun, katanya, pemeriksaan mengesahkan premis di Kajang itu tidak memiliki sebarang lesen sah untuk menyimpan atau menjalankan urus niaga barang kawalan.

Sehubungan itu, ujar beliau, pihak KPDN telah menyita kesemua tong gas LPG tersebut bersama sebuah lori dengan anggaran nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM83,116.

Menurut Azman, bagi tujuan siasatan lanjut, satu arahan di bawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122] telah dikeluarkan bagi mengemukakan dokumen berkaitan serta pengisytiharan stok barang kawalan.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122] yang dibaca bersama Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana memiliki barang kawalan dengan niat untuk melakukan kesalahan serta menjalankan urus niaga barang berjadual tanpa lesen yang sah daripada Pengawal Bekalan.

“KPDN ingin menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang didapati melanggar perundangan yang
ditetapkan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This