NADI perkukuh kesedaran digital sempena Hari Bersama Komuniti di Johor

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

HARI Bersama Komuniti (HBK) anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) berjaya memperkukuh kesedaran digital.

Berlangsung di Taman Desa Belantik, Johor Bahru, pengisian utama program tersebut ialah sesi Kempen Internet Selamat yang merupakan usaha berterusan MCMC bagi melindungi pengguna digital dalam kalangan komuniti setempat.

Suruhanajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, sepanjang 2025, sebanyak 9,666 program Kempen Internet Selamat telah dilaksanakan di seluruh negara.

Menurut MCMC, hal itu membuktikan komitmen kerajaan dalam meningkatkan kesedaran penggunaan digital secara selamat dan berhemah, terutamanya golongan kanak-kanak.

“HBK turut membawakan pelbagai pengisian Perkhidmatan Pintar NADI termasuk e-Sukan, Tuisyen DiLea, NADI Mahir Baiki Gajet, saringan kesihatan serta pameran dan jualan oleh usahawan NADI.

“Terdapat juga pameran dan perkhidmatan agensi seperti Kaunter eKasih oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana
Menteri (ICU JPM), serta Kempen Elektrik Selamat oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB),” jelas MCMC.

Baca juga: MCMC pandang serius penyebaran naratif palsu insiden kemalangan di Selangor

Turut hadir dalam HBK itu ialah Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah dan Ketua Pegawai Sektor Hal Ehwal Negeri MCMC, Bukhari Yahya.

Untuk rekod, hingga Disember 2025, Perkhidmatan Pintar NADI merekodkan sebanyak 1.4 juta penyertaan di seluruh negara, sekali gus mencerminkan sambutan positif dan keperluan berterusan komuniti terhadap pembangunan kemahiran digital serta sosioekonomi.

MCMC menambah, penganjuran HBK ini mencerminkan peranan NADI sebagai pusat sehenti komuniti yang bukan sahaja menyediakan akses Internet secara kolektif, malah berfungsi sebagai platform memperkasakan komuniti melalui pembangunan kemahiran digital, keusahawanan dan penyebaran inisiatif kerajaan di peringkat akar umbi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

SKDS diperluas kepada jip, pikap syarikat mulai 15 Julai

KERAJAAN memperluaskan kelayakan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) kepada kenderaan persendirian syarikat kategori jip dan pikap, sekali gus membolehkan...

More Articles Like This