Trump umum kenaikan tarif global baharu 15 peratus

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

AMERIKA Syarikat (AS) memutuskan untuk mengenakan kenaikan kadar tarif global baharu bagi barangan import ke negara terbabit kepada 15 peratus.

Perkara itu diumumkan Presidennya, Donald Trump menerusi hantaran di platform Truth Social, semalam.

Pengumuman itu hadir sehari selepas Mahkamah Agung AS memutuskan sebahagian besar langkah dilakukan Trump itu tidak sah dan membatalkan tarif import terdahulu yang diperkenalkan pentadbirannya.

Trump menegaskan, pentadbirannya menggunakan kuasa maksimum mengikut Seksyen 122 Akta Perdagangan 1974, satu peruntukan yang jarang digunakan bagi mengenakan tarif sementara tanpa kelulusan Kongres.

Baca juga: Tarif global Trump: Malaysia nilai perkembangan dasar baharu AS – Johari

Ini sekali gus menggandakan komitmen terhadap dasar tarif agresifnya meskipun Mahkamah Agung AS kelmarin, memutuskan sebahagian besar program tarif beliau sebagai menyalahi undang-undang.

Sebelum ini, Trump berkata bahawa tarif seragam 10 peratus akan dikuatkuasakan ke atas semua barangan import.

Kenaikan tarif itu dibuat susulan keputusan 6-3 Mahkamah Agung, yang mendapati Trump melampaui kuasa Presiden mengenakan tarif ketika menggunakan undang‑undang kecemasan ekonomi (IEEPA) untuk melaksanakan tarif global tahun lalu.

Trump mengecam keputusan itu sebagai tidak masuk akal dan menuduh beberapa hakim bertindak ‘anti-Amerika’.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This