Tarif global Trump: Malaysia nilai perkembangan dasar baharu AS – Johari

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

MALAYSIA sedang menilai perkembangan dasar di Amerika Syarikat (AS) termasuk tindakan terbaharu Presiden Donald Trump mengumumkan tarif 10 peratus ke atas barangan import dari semua negara.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, buat masa ini, MITI masih menunggu penjelasan mengenai pelaksanaan tarif baharu tersebut.

“Kami mengambil maklum pengumuman terkini oleh Trump mengenai tarif sementara sebanyak 10 peratus dan kami sedang mengkaji skop serta implikasinya.

“Kami menunggu penjelasan lanjut bagaimana langkah-langkah terbabit akan dilaksanakan dan sama ada pelarasan tambahan akan dibuat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baca artikel lain: Wanita tikam ibu kandung di leher guna alat pembuka tin ditahan

Johari berkata, Malaysia mengambil maklum keputusan Mahkamah Agung AS dan menegaskan pendiriannya adalah jelas serta konsisten untuk terus komited terhadap perdagangan terbuka.

“Malaysia akan terus mempelbagaikan hubungan perdagangan dan memperkukuh kerjasama ekonomi serantau serta pelbagai hala bagi memastikan daya tahan dalam persekitaran perdagangan global yang sentiasa berkembang.

“Kami akan bertindak demi kepentingan terbaik Malaysia sambil mengekalkan hubungan dua hala yang kukuh dengan AS,” katanya.

Terdahulu, Trump berkata akan mengenakan tarif baharu sebanyak 10 peratus susulan daripada keputusan Mahkamah Agung AS menolak tarif yang dikenakan beliau secara global sebelum ini. 

Menyifatkan keputusan itu sebagai sangat mengecewakan, Trump berkata: “Saya malu dengan anggota mahkamah tertentu, benar-benar malu kerana tidak mempunyai keberanian untuk melakukan apa yang betul untuk negara kita.”

Selain itu, Kyodo News melaporkan, Trump turut mengkritik keputusan tersebut dengan menuduh hakim ‘sangat tidak patriotik dan tidak setia kepada Perlembagaan kita’. 

Pada masa sama, Presiden AS itu turut mendakwa bahawa mahkamah telah dipengaruhi oleh ‘kepentingan asing’. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This