Perang akan tamat tak lama lagi? Do you believe him? – Tun M

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

TUN Dr Mahathir Mohamad sekali lagi lantang menyuarakan pandangan tentang Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, kali ini mempersoalkan apakah benar perang akan berakhir dalam masa terdekat.

“Perang Iran/AS akan berakhir tidak lama lagi kata Trump. Adakah anda mempercayai beliau?,” soal bekas Perdana Menteri itu menerusi hantaran ringkas di Facebook beliau, hari ini.

Sebelum ini, Trump menyatakan konflik antara AS dan Iran kini ‘sangat hampir’ untuk berakhir ketika ketegangan semakin reda susulan pelaksanaan gencatan senjata selama dua minggu.

Menurut Trump dalam temu bual bersama hos FOX Business, Maria Bartiromo, beliau melihat perang tersebut berada di ambang penamat.

“Saya fikir ia hampir berakhir. Ya, saya melihatnya sebagai sangat hampir untuk berakhir,” katanya dalam program “Mornings with Maria”, pada Rabu.

Konflik bermula pada 28 Februari lalu apabila AS bersama Israel melancarkan serangan ke atas Iran, yang mengorbankan Pemimpin Tertinggi Iran, Ali Khamenei.

Trump sebelum ini turut mendakwa keupayaan ketenteraan Iran telah ‘dihancurkan’ menerusi siri serangan oleh tentera Amerika Syarikat.

Mengulas penglibatan Washington dalam konflik tersebut, Trump mempertahankan tindakannya dengan menyatakan ia perlu bagi melumpuhkan keupayaan nuklear Iran.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This