PENYIMPAN Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan bahawa tarikh bagi melihat anak bulan Syawal ialah pada petang Khamis, 19 Mac 2026 bersamaan 29 Ramadan 1447 Hijrah.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memaklumkan, untuk itu jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan telah diperkenankan melihat anak bulan Syawal pada petang hari tersebut melibatkan 29 lokasi.
“Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh awal Syawal adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.
“Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh awal Syawal yang ditetapkan melalui radio dan televisyen,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Lokasi melihat anak bulan Syawal:
- Baitul Hilal Bangunan Sultan Ismail, Pontian, Johor
- Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka
- Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan
- Baitul Hilal Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan
- Baitul Hilal Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan
- Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan
- Baitul Hilal Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak Darul Ridzuan
- Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang
- Stesen Cerapan Hilal Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah Darul Aman
- Stesen Cerapan Hilal Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman
- Menara Alor Setar, Kedah Darul Aman
- Stesen Cerapan Hilal Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu
- Stesen Cerapan Hilal Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu
- Stesen Cerapan Hilal Pulau Perhentian, Besut, Terengganu
- Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu
- Stesen Cerapan Hilal Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan
- Stesen Cerapan Hilal Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan
- Stesen Cerapan Hilal Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu, Kelantan
- Pusat Falak Miri, Esplanade Luak, Miri, Sarawak
- Teluk Bandung, Kuching, Sarawak
- Pusat Falak Bintulu, Sarawak
- Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah
- Tapak Cerapan Hilal Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang
- Stesen Cerapan Hilal Gunung Brinchang, Cameron Highlands, Pahang
- Menara 188, Kuantan Pahang
- Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan
- Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur;
- Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya
- Menara Pandang, Masjid Al-Hussain Kuala Perlis, Perlis

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

