Angka kematian akibat perang di Iran cecah 1,444 orang, 18,551 lagi cedera

Dari Penulis

SEKURANG-kurangnya 1,444 orang telah terbunuh dan 18,551 lagi cedera akibat daripada serangan Amerika Syarikat (AS) dan sekutu Israel ke atas Iran sejak 28 Februari lalu.

Data tersebut didedahkan oleh Kementerian Kesihatan Iran sambil menjelaskan, umur mangsa yang terbunuh adalah di antara lapan bulan hingga 88 tahun.

“Setakat ini 200 wanita antara yang terbunuh, 168 kanak-kanak terbunuh di sekolah rendah Minab, 55 petugas kesihatan cedera dan 11 terbunuh, termasuk empat doktor, dua jururawat dan tiga petugas kecemasan,” katanya seperti dilapor Al Jazeera.

Letupan terus kedengaran di Iran, Israel dan di beberapa negara Asia Barat sejak serangan dilancarkan yang kini sudah memasuki hari ke-15.

Pemerintah Pusat AS (CENTCOM) yang menyelia pasukan tentera di Asia Barat sejak 10 Mac lalu berkata, setakat ini pihaknya telah menyerang lebih daripada 5,000 sasaran di Iran.

Pada masa sama, Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mengatakan ia telah melancarkan serangan ke atas sekurang-kurangnya 27 pangkalan di Asia Barat, lokasi tentera AS ditempatkan serta kemudahan tentera Israel di Tel Aviv dan beberapa bahagian lain.

Selain itu, Teheran turut melancarkan serangan di sembilan negara serantau seperti Bahrain, Iraq, Jordan, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu.

Pada masa sama, dron milik Iran juga menyerang landasan di pangkalan tentera United Kingdom di Cyprus, namun begitu kebanyakan serangan berjaya dipintas.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This