Tular polis kejar Myvi sejauh 15km di NKVE, suspek ada 7 rekod lampau ditahan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEORANG lelaki berjaya ditahan selepas kereta jenis Perodua Myvi dipandunya terbabit dalam insiden kejar dengan kereta peronda polis di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), kelmarin.

Aksi berbahaya sejauh 15 kilometer (km) yang berlaku kira-kira pukul 2.10 petang itu turut tular dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat memaklumkan, kejadian tersebut berlaku ketika suspek yang memandu kereta Perodua Myvi di Lebuhraya NKVE menghala ke arah Klang cuba lari dari pemeriksaan polis.

Menurut beliau, suspek telah memandu secara agresif dan melanggar beberapa kenderaan lain sebelum berjaya ditahan polis.

Shamsudin memberitahu, hasil pemeriksaan mendapati suspek merupakan seorang warga tempatan yang mempunyai tujuh rekod lampau pelbagai kesalahan.

“Suspek juga mempunyai satu rekod masih dikehendaki atas kesalahan di bawah Seksyen 15(4) Akta Pencegahan Jenayah (POCA) di daerah Kuala Bera.

“Hasil semakan ke atas nombor chasis kereta pula mendapati ia mempunyai rekod kenderaan hilang bersabit laporan polis di daerah Kuala Bera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Shamsudin memberitahu, suspek telah direman selama dua hari hingga hari ini oleh Majistret Petaling Jaya.

Katanya, suspek akan diserahkan kepada pegawai penyiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera untuk siasatan kes di daerah berkenaan sementara kertas siasatan dilengkapkan kepada timbalan pendakwa raya.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 186 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat tidak tepat dalam media sosial dan tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak benar berkenaan insiden ini,” katanya.

Sebelum ini, tular rakaman papan pemuka memaparkan aksi sebuah kereta peronda polis mengejar sebuah Myvi berwarna biru.

Video tular berdurasi 38 saat itu dipercayai berlaku di Jalan Lapangan Terbang Subang.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hadi sahkan pertemuan pemimpin Pas dan UMNO, beri bayangan penyatuan parti politik Melayu

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan berlaku pertemuan antara pemimpin parti itu dengan UMNO, malam tadi. Ia susulan...

More Articles Like This