KERAJAAN MADANI pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat penyelarasan kelayakan BUDI95 daripada 300 liter sebulan kepada 200 liter sebulan bermula 1 April 2026.
Perdana Menteri dalam Perutusan Negara memaklumkan, langkah itu adalah sementara menunggu keadaan minyak, bekalan minyak dan ekonomi dunia pulih.
Buat masa ini, kata beliau, belum ada tanda-tanda ke arah itu.
“Kita dapati, purata penggunaan BUDI95 adalah sekitar 100 liter, maknanya majoriti rakyat guna hanya 100 liter sebulan, dan hampir 90 peratus rakyat menggunakan kurang dari 200 liter sebulan, maka tidak terjejas.
“Maka untuk meringankan beban rakyat, saya tegaskan BUDI95 kekal pada RM1.99 seliter,” katanya.

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

