PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pelbagai langkah sedang difikirkan termasuk keputusan menetapkan peraturan kerja lebih anjal seperti bekerja dari rumah.
Langkah itu kata Perdana Menteri susulan konflik Asia Barat yang mengheret kepada tekanan ekonomi di seluruh dunia, termasuk Malaysia.
Katanya, penjawat-penjawat awam akan boleh secara berperingkat dan terpilih bekerja dari rumah.
“Saya percaya insya-Allah, selain daripada sektor awam kita juga menggesa sektor swasta untuk melaksanakan sepertimana yang dilaksanakan oleh beberapa syarikat dan bank selama ini.
“Bagi pihak Kerajaan, insya-Allah kita akan terus menjaga disiplin, mengelak keborosan, ketirisan dan menjaga supaya momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia ini agak luar biasa, dan terkecuali kerana setelah melihat kemurungan yang berlaku di dunia, kita lihat Malaysia ini masih mendapat tarikan, menjadi pusat tarikan pelaburan yang sangat aktif sepertimana yang kita umumkan beberapa langkah setelah kemelut dan peperangan ini masih ramai yang datang,” katanya dalam Perutusan Negara, hari ini.
Anwar turut menyeru orang ramai untuk terus berdoa agar negara kekal aman.

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

