Rezeki anak-anak dapat ‘daddy’ baharu, Umie Aida syukur Syed Saddiq terima Bella Astillah seadanya!

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SEBAIK sahaja berita pertunangan antara pelakon, Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, tular di media sosial, rata-rata rakan selebriti tidak melepaskan peluang menitipkan ucapan. 

Selain meraikan ikatan cinta pasangan ini, tumpuan peminat turut terarah kepada penerimaan dua cahaya mata Bella hasil perkahwinan terdahulu terhadap kehadiran figura politik tersebut.

Antara yang paling awal berkongsi rasa syukur ialah pelakon, Datin Paduka Umie Aida. 

Menerusi satu hantaran di Instagram, Umie mendedahkan bahawa kunci utama kebahagiaan Bella kali ini adalah bagaimana Syed Saddiq,33, berjaya menawan hati anak-anak aktres berkenaan, Mohamad Ayden Adrean, 9, dan Ara Adreanna, 6.

Bagi Umie, kesungguhan yang ditunjukkan oleh Syed Saddiq bukan sekadar untuk memiliki hati Bella, malah komitmennya sebagai seorang ‘Daddy’ adalah sesuatu yang sangat murni.

“Ini adalah satu langkah yang membuktikan kesungguhan dalam sebuah hubungan. 

“Perkara pertama yang saya tanyakan pada Bella adalah bagaimana hubungan Syed dengan anak-anak? 

“Ternyata, ini adalah rezeki buat anak-anak Bella apabila dipertemukan dengan seorang lelaki yang hadir bukan sekadar sebagai pasangan ibunya, tetapi sebagai seorang ‘daddy’ yang menerima mereka dengan sepenuh hati,” katanya.

Sebagaimana umum ketahui, Bella pernah melalui fasa penceraian yang cukup mencabar pada Jun 2024. 

Namun, ketabahan Bella nampaknya membuahkan hasil apabila dipertemukan dengan jodoh yang dianggap sangat tepat oleh rakan-rakan rapatnya.

Majlis pertunangan yang berlangsung pada petang ini dianggap sebagai titik mula bagi kehidupan baharu Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 32.

Kehadiran Syed Saddiq yang sebelum ini sering bekerjasama dengan Bella dalam misi bantuan rakyat sehingga meraih dana RM6 juta, kini bukan lagi sekadar rakan seperjuangan di lapangan kebajikan, tetapi sebagai nakhoda baharu dalam hidupnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Selama ini tak pernah terfikir…,” – Iman Troye taruh kreativiti demi showcase solo

PENYANYI, Iman Troye meluahkan rasa teruja bercampur gemuruh apabila namanya dipilih sebagai antara pengisi utama bagi siri persembahan eksklusif,...

More Articles Like This