Seleweng dana RM50,000: Bekas Pengerusi kuil ditahan SPRM

Dari Penulis

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas Pengerusi sebuah kuil di Selangor kerana disyaki terlibat dalam penyelewengan dana kuil tersebut berjumlah kira-kira RM50,000.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 70-an itu ditahan kira-kira pukul 3 petang, 2 April lalu ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada November 2021 dan turut bersubahat dengan seorang lagi individu yang telah ditahan Mac lalu.

“Suspek disyaki mengemukakan invois tuntutan bayaran perkhidmatan konsultansi berjumlah RM50,000 bagi tujuan kerja-kerja pembaikan kuil berkenaan,” jelasnya.

Walau bagaimanapun katanya, kerja-kerja tersebut dipercayai tidak pernah dilaksanakan dan hanya helah untuk mengelirukan pihak pengurusan kuil.

Kata sumber, kini siasatan tertumpu kepada kuil tersebut yang telah wujud sejak 1950-an dan sumber kewangan utama kuil adalah melalui sumbangan serta derma daripada penganut agama Hindu yang beribadah di situ.

Jelas sumber, hasil siasatan turut mendapati pendaftaran kuil tersebut telah dibatalkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) pada Oktober 2024.

Pada masa yang sama katanya, kuil tersebut didapati dibina di atas tanah kerajaan tanpa kebenaran sah.

“Keadaan kuil yang tidak berdaftar menyebabkan ketiadaan pemantauan oleh pihak berkuasa terhadap pengurusan kewangan dan perbelanjaannya, sekali gus membuka ruang kepada berlakunya penyelewengan dana sumbangan orang awam.

“Penyelewengan ini dipercayai memberi kesan kepada operasi serta kebajikan kuil, termasuk menjejaskan aktiviti keagamaan dan kepercayaan penganut terhadap pengurusan institusi tersebut,” katanya.

Sementara itu Pengarah SPRM Selangor, Mohd Azwan Ramli ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Tambah beliau, kedua-dua suspek akan dituduh dalam masa terdekat.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This