Aktivis, pengasas PKR serah memo mahu Rafizi bersara

Dari Penulis

PULUHAN peserta terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan diketuai aktivis politik, Faizan Mohd Nor dan salah seorang pengasas PKR, Ng Lum Yong menyerahkan memo bagi menuntut Datuk Seri Rafizi Ramli bersara daripada arena politik. 

Mereka turut mengadakan demo di hadapan pejabat Invoke Solution milik Ahli Parlimen Pandan itu.

Bercakap kepada media, Faizan berkata, Rafizi Ramli telah gagal selaku ahli politik dan menteri, justeru, seharusnya mengambil tanggungjawab untuk bersara sepenuhnya dari dunia politik agar negara ini kembali stabil dan boleh maju ke hadapan.

“Cukup-cukuplah porak-perandakan negara ini demi cita-cita politik kamu, Rafizi.

“Sesungguhnya, selepas kamu gagal untuk menunaikan janji-janji dalam manifesto PRU15 dan seterusnya selaku menteri ekonomi juga gagal untuk memajukan negara, maka kamu perlu mengambil tanggungjawab untuk bersara,” katanya.

Sebelum ini, Faizan pernah menasihatkan Rafizi supaya bersara daripada politik selepas pelbagai pihak melabelkan beliau sebagai menteri yang gagal serta liabiliti kepada partinya sendiri.

Bekas Timbalan Presiden PKR itu turut dikenali sebagai ‘raja formula’ yang gagal, selain mendakwa ramai penyokong Pakatan Harapan (PH) berasa tertipu dengan janji-janji yang dibuat Rafizi sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ng Lum Yong pula mendakwa Rafizi adalah menteri paling gagal sejak mula dilantik sebagai Menteri Ekonomi pada Disember 2022 sebelum meletak jawatan pada Jun 2025.

Berdasarkan pemerhatiannya dalam tempoh hampir tiga tahun itu, Rafizi telah membuktikan kepada umum bahawa beliau gagal untuk menunaikan janji-janji manifesto PH untuk PRU15, selain tidak melakukan apa-apa reformasi ekonomi semasa menjadi menteri.

Katanya, banyak formula ekonomi yang dirangka juga tidak dilaksanakan, malah beliau hanya tahu sembang sahaja.

Mengulas lanjut, Faizan berkata, pihaknya akan melakukan lebih banyak program selepas ini bagi memastikan Rafizi bersara, sama ada beliau sendiri berhenti atau rakyat atau pengundi Pandan menghentikan kerjaya politik beliau.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This