Rafizi selesai beri keterangan 9 jam, rakaman percakapan disambung 10 pagi esok

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BEKAS Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli selesai memberi keterangan selepas sembilan jam hadir dirakam percakapan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya, hari ini.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Hafaz Nazar memaklumkan, Ahli Parlimen Pandan itu telah tiba di SPRM kira-kira pukul 9.30 pagi sebelum dilepaskan pada pukul 6.30 petang tadi.

Pada masa sama, beliau memaklumkan, rakaman keterangan Rafizi akan disambung untuk hari kedua esok pada pukul 10 pagi.

“Kehadiran Rafizi adalah bertujuan memberikan kerjasama kepada SPRM dalam melengkapkan siasatan yang dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

untuk rekod, SPRM merakam percakapan Rafizi bagi membantu siasatan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan pelaburan bernilai RM1.1 bilion antara Kementerian Ekonomi dan syarikat ARM Limited UK dalam satu perjanjian kerjasama strategik industri semi konduktor.

Smeentara itu, media melaporkan Rafizi memberitahu bahawa proses rakaman percakapan itu berkalan lancar dan beliau memberi kerjasama penuh sepanjang sesi berkenaan.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan proses siasatan akan mengambil masa beberapa hari bergantung kepada keperluan pihak SPRM.

“Proses siasatan biasa, dia tanya kita jawab. Saya beri kerjasama penuh dan proses berjalan dengan lancar, cuma dia panjang,” katanya


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This