UMNO bakal mencecah usia 80 tahun dan kekal sebagai antara parti politik tertua di rantau ASEAN, kata Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya, parti keramat Melayu itu kekal dengan legasi perjuangan yang mencerminkan ketahanan serta peranan penting dalam pembangunan negara.
“Dengan sejarah yang panjang, UMNO telah melalui pelbagai fasa perjuangan dan perubahan landskap politik yang mencerminkan pengalaman, ketahanan serta peranan penting dalam pembangunan negara.
“Seiring dengan peredaran masa, usaha melahirkan barisan pelapis yang berwibawa amat penting bagi memastikan kesinambungan perjuangan dan kekal relevan pada masa hadapan,” katanya menerusi hantaran di media sosial beliau hari ini.
Menurut perkongsian itu, UMNO yang ditubuhkan pada 1946 bakal mencapai usia lapan dekad tahun ini, menjadikannya setaraf dengan beberapa parti politik lama di ASEAN termasuk Parti Demokrat Thailand, selain Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura yang berusia 70 tahun dan Golkar Indonesia, 60 tahun

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

