Krisis Asia Barat: KKM komited pastikan akses rakyat kepada ubat, peranti perubatan tak terjejas

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

ISU gangguan rantaian bekalan global dan krisis tenaga memberi cabaran besar kepada sektor kesihatan negara.

Namun begitu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) komited memastikan akses rakyat kepada ubat-ubatan dan peranti perubatan tidak terjejas.

Jelasnya beliau, beberapa langkah proaktif telah diambil, antaranya pengukuhan stok penimbal bagi item yang dianggap sebagai kritikal.

“Selain Laluan Akses Khas (SAP) untuk mempercepatkan bekalan peranti perubatan mendesak melalui pemantauan ketat MDA.

“Inisiatif MyMedSecure & Unique Device Identification (UDI) untuk daya tahan bekalan jangka panjang,” katanya menerusi hantaran di media sosial, hari ini.

Dzulkefly menegaskan bahawa KKM bukan sekadar menangani isu semasa, tetapi membina sistem kesihatan yang lebih kalis krisis untuk masa hadapan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Noh Omar, Syed Hamid kembali bersama UMNO

DUA tokoh veteran UMNO, Tan Sri Noh Omar dan Tan Sri Syed Hamid Albar disahkan kembali menyertai parti tersebut. Perkara...

More Articles Like This