Seorang didakwa, lima lagi kena kompaun sebar berita palsu krisis tenaga

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEORANG individu didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang susulan penyebaran berita palsu mengenai kenaikan harga bahan api akibat krisis di Asia Barat.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan memaklumkan telah menerima keputusan daripada Jabatan Peguam Negara berhubung kertas siasatan kes berkenaan.

Selain satu kes mengenai berita palsu yang telah didakwa itu, MCMC berkata, lima kes telah dikenakan kompaun manakala empat lagi diberikan surat amaran.

“Susulan itu, MCMC telah mengeluarkan lima tawaran kompaun kepada individu terlibat dengan nilai kompaun sebanyak RM25,000 setiap seorang.

“Kesemua tindakan ini adalah hasil siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, MCMC memberitahu, seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

“Orang ramai diingatkan agar sentiasa menggunakan platform digital secara bertanggungjawab dan tidak menyebarkan kandungan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat serta ketenteraman awam,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Alangkah baiknya UMNO, Pas dan RESET bentuk Kerajaan Negeri Johor – Wan Saiful

"ALANGKAH baiknya jika gabungan UMNO, Pas dan RESET membentuk Kerajaan Negeri Johor seterusnya menjadikan Johor sebagai model untuk Malaysia...

More Articles Like This