Ahmad Norihan dilantik semula sebagai Pengerusi SKM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SURUHANJAYA Koperasi Malaysia (SKM) mengumumkan pelantikan semula Leftenan Jeneral (B) Datuk Ahmad Norihan Jalal sebagai Pengerusi suruhanjaya tersebut berkuat kuasa semalam, 15 Mac 2026.

SKM dalam kenyataan memaklumkan pelantikan tersebut diyakini mampu memperkukuh lagi peranan suruhanjaya tersebut sebagai badan peneraju pembangunan gerakan koperasi negara.

Menurut SKM, ia selaras dengan aspirasi kerajaan untuk memperkasa sektor koperasi sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi yang inklusif, mampan dan berdaya saing.

Suruhanjaya tersebut memberi jaminan bahawa kepemimpinan Ahmad Norihan akan meneruskan usaha memperkukuh tadbir urus, meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta memperluas impak gerakan koperasi kepada rakyat.

“Pelantikan ini juga mencerminkan komitmen berterusan SKM dalam memastikan agenda pembangunan koperasi terus dipacu secara strategik, progresif dan selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.

“SKM yakin di bawah kepimpinan baharu ini, gerakan koperasi negara akan terus berkembang maju, berdaya tahan dan mampu menyumbang secara signifikan kepada pembangunan sosioekonomi negara,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Ahmad Norihan yang juga bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan telah dilantik sebagai Pengerusi SKM pada 15 Mac 2024.

Beliau memulakan kerjaya dalam Tentera Darat pada 15 Mei 1987 sebagai Ketua Platun di 302 Batalion Infantri sebelum bertukar ke Kor Risik Diraja dan ditugaskan di Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (kini dikenali sebagai Pertubuhan Perisikan Pertahanan).


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bangunan haram Rohingya di Sungai Makau bakal dirobohkan

KEDIAMAN bertingkat haram yang pernah didiami etnik Rohingya di Kampung Baru Sungai Makau, Mukim Ulu Langat, bakal dirobohkan mengikut...

More Articles Like This