Larangan had umur 16 tahun guna media sosial bantu ibu-bapa lindungi anak-anak dari ‘kanser’ media sosial

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

LARANGAN had umur 16 tahun ke bawah menggunakan media sosial dilihat sebagai ‘ubat’ terbaik untuk membantu ibu-bapa melindungi anak-anak daripada ‘kanser’ media sosial.

Umum mengetahui, walaupun ada perkara yang boleh dipelajari anak-anak seusia itu dalam media sosial, tetapi terlalu banyak perkara negatif ‘bertebaran’ di platform-platform yang ada.

Antaranya seperti risiko scammer, pedofile, fitnah, buli siber dan catfishing yang sememangnya berlaku dalam negara ketika ini.

Perkara itu menurut Abdul Wafiy, 32, memerlukan langkah kritis daripada kerajaan bagi mengekang permasalahan itu membarah.

Bapa kepada seorang anak berusia enam tahun itu berkata, cabaran terbesar pada era digitalisasi ketika ini adalah untuk mengawal pendedahan anak-anak terhadap media sosial.

“Sosial media sekarang ini kalau tidak dipantau akan akibatkan gejala sosial yang tidak diingini.

“Cabaran terbesar nak mengawal pendedahan terhadap media sosial ini agak rumit. Nak pakai sosial media boleh, tapi kena pantau kerap.

“Saya setuju dengan langkah kerajaan untuk menghadkan umur 16 tahun ke bawah dari guna media sosial,” katanya kepada UtusanTV,

Dalam nada yang sama, Izreen Farah, ibu kepada seorang anak berusia empat tahun berkata, medsia sosial memerlukan sekatan yang sistematik walaupun bagus untuk perkembangan anak-anak.

Sebagai contoh, katanya, banyak perkara yang boleh dipelajari oleh anak-anak di saluran Youtube.

“Tetapi short Youtube tidak bagus. Cabaran terbesar seperti AI mempengaruhi mereka, terlalu berleluasa.

“Saya setuju dengan langkah kerajaan menghadkan penggunaan sosial media kepada 16 tahun ke bawah. Ia juga membantu anak-anak untuk lebih fokus kepada pelajaran.

“Di media sosial, terlalu banyak pengaruh yang tidak elok ketika ini. Ini menyebabkan sikap mereka menjadi ke arah yang lebih negatif,” katanya.

Sementara itu, Shima Ahmad, 50, berkata, cadangan larangan had umur 16 tahun menggunakan media sosial dilihat sebagai satu daripada langkah penting untuk membendung gejala sosial berlaku.

“Memang ada pro dan kontra, tetapi sebagai ibu bapa kena pandai. Penggunaan sosial media ini bukan kita tidak mahu bagi langsung, tetapi ada masanya.

“Kerisauan ibu bapa ketika ini memang ada. Selaku ibu bapa, kena terangkan kepada anak-anak bahaya yang ada dalam media sosial.

“Sekarang scammer berleluasa, AI, fitnah, makin moden makin dahsyat ancaman yang ada. Kita zaman dahulu tidak ada sosial media, telefon bimbit juga tidak ada, tetapi tetap boleh ‘hidup’,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This