LIMA sekeluarga termasuk seorang bayi berusia 2 tahun maut selepas kereta dinaiki mereka merempuh paip air dalam satu kemalangan di Jalan Baki Lama-Ensengei, Serian, Sarawak, hari ini.
Dalam kejadian sekitar pukul 8.30 pagi itu, kenderaan dinaiki keluarga itu dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar sebatang paip air di tepi jalan.
“Terdapat lima mangsa dalam kenderaan berkenaan, membabitkan tiga perempuan dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang bayi perempuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca: Suspek samun bersenjata kedai serbaneka diburu polis, pekerja cedera diserangÂ
Katanya, pasukan bomba telah mengeluarkan empat mangsa dewasa dari kenderaan manakala bayi perempuan ditemui orang awam berhampiran lokasi kejadian yang dipercayai tercampak keluar dari kenderaan semasa kemalangan.Â
Kesemua mangsa dikenal pasti sebagai Mohammad Bostari Aidit, 30, Ajibah Ahmat, 47, Nur Farah Shahira Narudin, 26, Nur Ain Nasrin Narudin, 16, dan Nur Assyfa Luthfya Narudin, 2.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.41 pagi.
Sejurus menerima panggilan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian digerakkan ke lokasi kejadian dan tiba pada pukul 9.04 pagi.
“Sebaik tiba di lokasi, didapati berlaku kemalangan kendiri membabitkan sebuah kenderaan yang melanggar batang paip air.
Jelasnya, kesemua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

