kole kacang

BAHAN

1 cawan santan pekat

1 cawan gula merah

2 sudu besar gula

1 cawan air

2 cawan santan

1 cawan tepung kacang hijau

Daun pandan – simpul

Secubit garam

CARA

1.Masak santan sehingga menjadi tahi minyak. Apabila siap, ambil tahi minyak yang terhasil dan biarkan dalam 2 sudu besar lebihan minyaknya dalam kuali.

2.Masak gula merah, gula, air dan daun pandan sehingga gula larut. Sejukkan dan ketepikan.

3.Di dalam bekas lain, masukkan santan dan air gula merah. Masukkan tepung kacang hijau dan garam, kacau hingga sebati.

4.Masukkan adunan ke dalam kuali yang berisi lebihan minyak kelapa tadi. Kacau selalu agar tidak bergentel.

5.Masak sehingga adunan pekat dan menggelembung serta berkilat. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu dengan lebihan minyak tadi.

6.Taburkan dengan tahi minyak dan sejukkan sebelum dipotong.