BAHAN-BAHAN:

1 batang timun jepun

3 batang kacang botor

1 tin tuna di dalam minyak zaitun

1 biji jus lemon

Sedikit garam dan lada

Sedikit daun ketumbar

CARA MENYEDIAKAN:

1.Masukkan timun dan kacang botor ke dalam mangkuk dan curahkan jus lemon. Gaul rata.

2.Masukkan tuna berserta minyak dan tambahkan garam dan lada secukup rasa.

3.Gaul agar bahan mesra dan taburkan daun ketumbar sebelum dihidangkan.

Resipi: Imelda Maya Harris, Desa Sri Hartamas