Anugerah Grammy 2021 ditunda 14 Mac hadapan

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

Penganjur Anugerah Grammy iaitu Recording Academy memaklumkan acara itu akan ditunda ke 14 Mac hadapan.

Ia susulan kes penularan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan hingga memaksa pihak mereka membuat rombakan tarikh.

Menerusi kenyataan yang dikongsi di laman sosial Instagram, keputusan untuk menangguhkan majlis penuh berpestij itu adalah tindakan yang bijak dan tepat.

KENYATAAN rasmi yang dikeluarkan oleh pihak penganjur

“Setelah berbincang dengan pelbagai pihak, kami telah mengambil keputusan untuk menangguhkan Anugerah Grammy ke-63 pada 14 Mac depan.

“Tiada yang lebih penting dari kesihatan dan keselamatan penggiat muzik serta ratusan pekerja yang bekerja tanpa penat dalam merealisasikan acara ini,” katanya.

Terdahulu, Anugerah Grammy dijadualkan berlangsung pada 31 Januari ini dan difahamkan semua persiapan telah giat dilakukan sebelum acara gemilang itu diadakan.

“Kami inigin berterima kasih kepada barisan pemuzik, kakitangan dan terutama sekali kepada artis-artis yang dicalonkan pada tahun ini atas pengertian, kesabaran dan kesediaan untuk bekerja dalam situasi yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” katanya lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This