Industri seni Indonesia diselubungi duka apabila mendapat berita pemergian penyanyi dangdut terkenal Chacha Sherly, 29, meninggal dunia semalam selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Isnin lalu.
Chacha yang juga bekas anggota kumpulan terkenal Trio Macan terdahulu dilaporkan koma akibat kecederaan parah di kepala sebelum menghembuskan nafas terakhir kesokkan harinya.
Kemalangan berlaku di Kilometer 428 berhampiran Tol Semarang – Solo yang melibatkan enam buah kenderaan.
Sebuah kereta hilang kawalan sebelum berpusing dan terbabas lalu merempuh beberapa kenderaan lain termasuk kereta yang dinaiki Chacha.

Menurut polis Indonesia, Chacha difahamkan sedang dalam perjalanan pulang ke Jakarta selepas bercuti bersama ahli keluarga.
Jenazah Chacha selamat dikebumikan di Taman Permakaman Umum Aspol Wage malam tadi.
Chacha aktif dalam dunia seni sejak 2011 dan pernah menggangotai kumpulan terkenal Trio Macan.
Namun pada 2019, dia berundur dari kumpulan itu dan bergelar penyanyi solo. Antara lagu nyanyiannya ialah, Ah Kamu (Anumu).

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

