“Confident macam ni ada dekat Shopee tak.” Dibuli dan body shaming waktu live mekap, netizen puji kecekalan wanita ini.

0
237


Tular apabila seorang wanita yang sedang melakukan ‘live’ solekan di laman sosial miliknya menerima kecaman hebat warganet apabila dikatakan tidak menepati standard kecantikan.

Menerusi perkongsian Renz Nazario, budaya buli di kalangan masyarakat semakin parah, malah ada segelintir tidak lagi segan silu melontarkan komen terlampau.

Malah wanita yang dikenali sebagai Jannatul Sobah itu turut dilihat menangis dan mengesat kembali solekan yang dikenakan pada wajahnya.

“Kesian, aku betul-betul kesian dengan akak ni. 

“Aku tak tengok live dia, tapi aku nampak dalam twitter benda ni, dan aku baca segala komen-komen dalam gambar ni aku sendiri rasa sedih dengan apa yang berlaku. 

“Kau bayangkan lah, akak ni baru nak start niaga, tapi orang² kita pegi kutuk muka dia. 

“Owh kalau yang cun, lawa, mekap tebal² kau tak nak pulak kutuk! Si*l betul lah manusia-manusia toxic macam ni. 

“Kenapa lah budaya kita terlalu teruk sampai macam ni sekali. Penuh dengan cyberbully, penuh dengan bodyshaming orang. Tak habis lagi mentaliti sampah macam ni. 

“Apa orang yang tak ada rupa tak boleh nak jual produk ke? Tak boleh cari rezeki?  Tak boleh buat live mekap ke? Mereka juga manusia. 

“Orang tu nak mencari rezeki, cuba kalau mak ke adik ke atau kakak korang kena macam ni?

“Kau baca lah satu² komen dalam gambar tu.

“Aku panas je baca komen² dalam gambar nii.

“Apapun aku respect akak ni, kental dalam menghadapi dugaan dalam mencari rezeki. 

“kak, aku doakan kau terus maju dengan bisnes kau dan dihindari dengan manusia toxic disekeliling dan dipermudahkan urusan.

“Pada mereka yang baca post ni, tolonglah gais hindari dari sikap toxic ni pada orang lain,” kongsinya.



Warganet bagaimanapun memuji keyakinannya berkongsi tips kecantikan dan kecekalan berdepan dengan kutukan.

Sehingga kini, laman Instagram Jannatul punya lebih 10,000 pengikut.

Sumber : Facebook Renz Nazario & Instagram Jannatul 

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk tidak terlepas berita terkini dan artikel menarik