Pelesenan platform media sosial mudahkan kerajaan kawal selia masalah – Akademik

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KEPUTUSAN kerajaan untuk melaksanakan pelesenan platform media sosial yang bakal berkuat kuasa pada 1 Januari tahun depan dilihat sebagai tepat pada masanya.

Ini berikutan pelbagai masalah timbul melalui platform berkenaan seperti gejala penipuan yang semakin berleluasa sehingga memberi kesan buruk kepada masyarakat secara keseluruhannya.

Pakar Keselamatan Maklumat, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Nur Izura Udzir berkata, melaluinya juga, kerajaan mampu membendung perkara yang tak diingini dengan lebih berkesan.

Jelasnya, masalah penipuan dalam talian sebagai contoh semakin membimbangkan dan pelesenan platform media sosial akan membela untung nasib pengguna sekali gus memperlihatkan aspek kebertanggungjawaban yang digalas oleh kerajaan.

“Cadangan untuk membuat pelesenan ini bagus, kita dapat kawal selia dengan lebih mudah melaluinya. Dari situ diharapkan platform media sosial ini lebih bertanggungjawab atas perkhidmatan yang mereka sediakan.

“Jangan sekadar memberikan perkhidmatan dan membiarkan sahaja mana-mana pihak melakukan perkara sesuka hati mereka.

“Mereka perlu kawal, itu tanggungjawab pihak penyedia platform media sosial. Saya lihat bila ada pelesenan ini (masalah yang bakal didepani) akan lebih terkawal,” katanya ketika dihubungi UtusanTV, hari ini.

Baca artikel lain: Farid tak setuju ceraikan Diana Danielle, mahkamah arah lantik JKP

Terdahulu, kerajaan kekal dengan pendirian untuk melaksanakan pelesenan platform media sosial yang bakal berkuat kuasa pada 1 Januari tahun depan.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, penguatkuasaan pelesenan itu penting bagi mengatasi pelbagai masalah dalam internet khususnya membabitkan buli siber.

Ogos lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan semua perkhidmatan media sosial dan pesanan internet yang ketika ini mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di negara ini, perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

MCMC memberitahu langkah itu akan dikuat kuasa bermula 1 Januari 2025, susulan kerangka kawal selia baharu ke atas perkhidmatan media sosial dan perkhidmatan pesanan Internet diperkenalkan.

Prof Nur Izura menegaskan, dalam mendepani apa juga permasalahan, adalah penting untuk menegakkan sistem perundangan yang selama ini terbukti berkesan dalam membawa kesejahteraan kepada negara serta masyarakat sejak sekian lama.

Justeru, beliau melihat pelaksanaan ketetapan ini kelak bagaikan satu sinar baharu kepada negara khususnya dalam membendung masalah buli siber dan penipuan dalam talian.

“Kalau tiada undang-undang orang buat sesuka hati, apa akan jadi kepada negara dan dunia yang kita duduki ini? Mungkin akan ada orang kata susahlah ada undang-undang, dari satu segi mungkin ia akan menyekat.

“Kita melihat yang mana akan mendatangkan lebih banyak kebaikan, tak boleh semuanya sewenang-wenangnya,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Wanita putus kaki kiri X70 kemalangan di LPT2 meninggal dunia

SEORANG wanita yang dilaporkan putus kaki kiri selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 dinaikinya terbabas lalu merempuh...

More Articles Like This