Sinopsis dan trailer filem 10 Tips Tipu Bini

Dari Penulis

Filem: 10 Tips Tipu Bini

Pengarah: Azizi ‘Chunk’ Adnan

Terbitan: Rumah Produksi Merah

Genre: Komedi

Pelakon: Datuk Awie, Ropie, Joey Daud, Khir Rahman, Elizabeth Tan, Atu Zero, Azlee Senario, Vicha, Nasir Bilal Khan, Jehan Miskin, Nazia Mustafar dan ramai lagi.

Tarikh tayangan: Bermula 7 Januari 2021 di Astro First (saluran 480)

Sinopsis:

Filem 10 Tips Tipu Bini mengisahkan tiga sahabat baik, Raffi, Kay dan Jepp, yang bekerja sebagai Pengarah Kreatif di sebuah syarikat pengiklanan terkenal di Kuala Lumpur bernama Grand Poyo Advertising & Events kepunyaan Dato Dean.

Di pejabat, mereka adalah pekerja yang berdedikasi dan hebat. Namun apabila berada di rumah, mereka adalah suami yang terlalu takut dengan isteri masing-masing.

Kehadiran tiga gadis cantik iaitu Anna (ElizabethTan), Eisya (Amy Nur Tinie) dan Sara (Monica Picca) yang bekerja sebagai ‘intern’ di syarikat itu membuatkan mereka berangan dan memasang niat nakal untuk memikat tiga orang gadis tersebut.

Demi melaksanakan niat mereka, masing-masing telah merancang untuk menipu isteri mereka Aishah (Vicha), Khatijah (Ziema Din) dan Jas (Nazia Mustafar) untuk memikat tiga orang gadis tersebut.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

1 COMMENT

Comments are closed.

Berkaitan

Letusan gelombang VIP! 9 tahun menyepi, Bigbang sah kembali ke Kuala Lumpur sempena jelajah ulang tahun ke-20

PENANTIAN hampir sedekad peminat setia kumpulan K-Pop, Bigbang, akhirnya terjawab. Selepas sembilan tahun tidak mengadakan sebarang konsert berskala besar,...

More Articles Like This