Takhta Dunia hadiah Siti sebelum beri fokus pada kehamilan

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Tahun 2020 meninggalkan seribu satu kenangan manis kepada penyanyi Dato’ Sri Siti Nurhaliza di atas beberapa pencapaian dan anugerah yang diperolehi termasuk kejayaan menerusi album ManifestaSITI2020.

Antara kejayaan yang diraih ialah Artis Paling Banyak Distrim di platform Spotify dan JOOX, 100 Asia Digital Star, Most Admired Women 2020, 500 Influential Muslim 2021, Nona Homegrown Award dan Individu Tergempak menerusi portal Astro Gempak.

Selain itu, dua buah lagu daripada album tersebut iaitu 7 Nasihat dan Aku Bidadari Syurgamu layak ke pertandingan akhir Anugerah Juara Lagu ke-35 pada Februari depan.

Malah, video muzik ketujuh lagu Kuasa Cintamu telah mendapat lebih dua juta tontonan.

Sebagai pembuka 2021, sebuah lagi video muzik daripada penyanyi ini dilancarkan iaitu Takhta Dunia. Lagu dan lirik Takhta Dunia merupakan ciptaan komposer terkenal Indonesia, Ryan Kyoto.

Siti menyifatkan video muzik Takhta Dunia sebagai pembuka tahun baharu dengan memberi mesej yang baik kepada masyarakat. Namun seiring dengan kemodenan dan perkembangan dunia hari ini, setiap individu tidak harus hilang nilai baik atau adab.

“Sebagai seorang penyanyi, saya bertanggungjawab mengenengahkan mesej yang baik menerusi lagu. Sesuai usia, semakin dewasa dan matang, saya harus menghidangkan karya yang bukan sahaja memberikan hiburan tetapi kesedaran,’’ kata penyanyi yang bakal menyambut usia ke- 42 tahun pada 11 Januari ini.

Jelas Siti lagi, penggambaran video muzik lagu berkenaan yang diterbitkan oleh Universal Music dan Siti Nurhaliza Productions, merupakan antara kerja terakhirnya sebelum berehat untuk memberi fokus kepada persediaan kehamilan kedua.

“Saya berbincang dengan pihak Rasa Film untuk tampil menggayakan imej wanita era 70-an bagi memberikan kelainan di dalam setiap video muzik yang pernah dihasilkan.

” Saya tampil dengan sentuhan khidmat pereka fesyen Rizman Ruzaini dan jurusolek Ahma Dhani bagi imej tersebut,” jelasnya.

Siti tampil dengan video muzik Takhta Dunia

Sementara itu, Azhar selaku pengarah muzik video berkata, dia turut menonjolkan peranan penari serta pelakon sebagai medium penyampai mesej teguran secara simbolik.

“Saya terjemahkan mesej simbolik menerusi lakonan menggunakan telefon bimbit dan pelekap mulut yang membawa maksud, jasad terperangkap di zaman lampau namun kelakuan tetap wujud pada zaman sekarang.

“Video muzik ini berlatarbelakangkan tahun 1970-an di sebuah stesen kereta api yang dinamakan Lipis Sentral.

“Lokasi penggambaran diadakan di ruang pameran luar Muzium Sultan Alam Shah yang menempatkan kepala dan gerabak keretapi lama,” kongsinya.

Takhta Dunia sarat nilai moral kerana mengingatkan supaya setiap orang bersikap baik, menjauhi hasad dengki serta menjaga tutur kata. Apabila ini menjadi amalan, hati seseorang akan bersih dan tidak tercela.

Visual lakonan dalam video muzik kelapan menerusi album ManifestaSITI2020 itu banyak mengaitkan isu semasa masyarakat iaitu vandalism, berebut kerusi atau tidak bertolak ansur di dalam pengangkutan awam, buli siber dan juga mencuri.

Video muzik rasmi Takhta Dunia boleh dilayari di saluran youtube Siti Nurhaliza.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Letusan gelombang VIP! 9 tahun menyepi, Bigbang sah kembali ke Kuala Lumpur sempena jelajah ulang tahun ke-20

PENANTIAN hampir sedekad peminat setia kumpulan K-Pop, Bigbang, akhirnya terjawab. Selepas sembilan tahun tidak mengadakan sebarang konsert berskala besar,...

More Articles Like This