‘Doakan Izzah pulih’ Afif Ikmal, rakan pelajar pintar kemalangan di UK

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – “Nur Izzah pelajar pintar, punya masa depan yang sangat cerah,” kata rakan sekolej penuntut tersebut yang menjadi perhatian rakyat selepas terlibat nahas basikal hujung tahun lalu di Manchster, United Kingdom (UK).

Justeru, bagi Afif Ikmal, beliau dan rakan-rakan khususnya di Manchester terus mengharapkan seluruh rakyat Malaysia tidak henti-henti berdoa agar Nur Izzah Mohd Shokri kembali pulih dan dapat meneruskan pengajiannya seperti mana mereka.

“Izzah merupakan seorang yang ceria. Beliau memang ingin untuk sambung belajar di England dan beliau juga teruja apabila sampai ke Manchester. Beliau juga mempunyai minat yang mendalam dalam aktiviti berbasikal.

“Kemalangan serupa pernah berlaku sebelum ini di kawasan tersebut yang melibatkan penunggang basikal dan juga kereta.

“Kami berharap bahawa Izzah akan kembali sihat dan ceria serta meminta semua pihak untuk mendoakan agar beliau pulih kerana beliau merupakan seorang pelajar pintar yang mempunyai masa depan yang cerah,” katanya kepada UtusanTV baru-baru ini.

Menurut Afif, Izzah bukan hanya kawan baiknya tetapi juga rakan baik kepada kenalan-kenalan yang lain dan mereka sering berbalas mesej hampir setiap hari.

Ini kerana mengenali Izzah, katanya, gadis itu merupakan seorang rakan yang baik dan selalu prihatin terhadap teman-teman beliau.

“Saya dan rakan-rakan yang lain amatlah berduka cita dengan kemalangan yang menimpa beliau,” ujarnya.

Tambah Afif, dalam tempoh beberapa hari ini, rakan-rakan banyak membaca Yassin dan juga solat hajat bersama keluarga beliau yang telah sampai ke Manchester agar Izzah kembali sihat.

“Pihak NHS (hospital) tidak membenarkan sebarang lawatan kecuali keluarga beliau pada ketika ini.

“Beliau telah stabil pada masa ini, selepas menjalani pembedahan,” katanya.

Akibat kemalangan tersebut, Nur Izzah, 20, penuntut tahun pertama jurusan perakaunan dan kewangan di Universiti Manchester mendapat rawatan di Salford Royal Hospital, England selepas menjalani pembedahan.

Penuntut yang berasal dari Karak, Pahang itu dilaporkan mengalami kecederaan yang serius di bahagian kepala dan tulang rusuk selepas bertembung dengan sebuah bas ketika sedang menunggang basikal Wilmslow Road, Rusholme dalam kejadian 4.25 petang, 28 Disember lalu.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menyeru rakyat Malaysia mendoakan kesembuhan Nur Izzah Mohd Shokri.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Korban bot karam selesai dikebumi, polis buru dalang penyeludupan migran

KESEMUA 27 jenazah warga Myanmar etnik Rohingya yang ditemukan dalam tragedi bot karam di perairan Langkawi selamat dikebumikan...

More Articles Like This