Pejabat PM nafi khabar angin pelantikan TPM, rawatan kanser

Dari Penulis

PUTRAJAYA – Tidak benar Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu jalani rawatan penyakit kanser seperti khabar angin jahat yang tular di media sosial sejak pagi tadi.

Selain itu, satu lagi desas-desus kononnya akan ada pelantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri juga disahkan tidak benar.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri sebentar tadi, khabar angin yang mengatakan Muhyiddin perlu menjalani rawatan berikutan penyakit kanser yang dialami beliau lama dahulu adalah tidak benar dan berniat jahat.

“YAB Perdana Menteri telah disahkan bebas daripada penyakit kanser oleh pakar-pakar perubatan yang merawat beliau.

“Khabar angin yang menyatakan bahawa ada pelantikan untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri juga adalah tidak benar,” tegas kenyataan tersebut.

Sejak pagi tadi, tular laporan mengatakan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bakal dilantik ke jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Selain didakwa bagi meredakan ketegangan hubungan Perikatan Nasional (PN) dan UMNO dengan melatik Hishammuddin yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Sembrong, mesej-mesej yang tular turut mengaitkan dengan satu lagi sebab.

Ia kononnya melibatkan keperluan untuk ada seorang Timbalan Perdana Menteri berikutan keadaan kesihatan Muhyiddin.

Selain itu, ada pula dakwaan ‘nakal’ menghangatkan mesej tular dengan mengaitkan Hishammuddin dipilih dan bukan Ahli Parlimen Gomnbak, Datuk Seri Azmin Ali kerana faktor ‘kepercayaan’.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mayat lelaki ditemukan terapung bawah jambatan di Kemaman

MAYAT seorang lelaki warga tempatan ditemukan terapung di bawah Jambatan Seberang Tayor, Kemaman, petang semalam. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan...

More Articles Like This