Lagi ditahan SPRM berkait kartel daging

Dari Penulis

JOHOR BAHRU – Seorang ejen penghantaran daging sejuk beku dikenakan perintah reman selama lima hari oleh Mahkamah Majistret hari ini, dipercayai terlibat dalam kegiatan rasuah berhubung isu skandal kartel daging.

Memetik laporan Bernama, perintah reman sehingga 16 Januari itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Nur Fathiah Mohd Fedzir, yang membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bagi membolehkan lelaki itu disiasat di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Lelaki berusia 55 tahun yang direman itu diwakili peguambela dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Lelaki berkenaan ditahan di pejabat SPRM Johor malam tadi, bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Tertuduh yang berpakaian baju lokap SPRM berwarna oren, tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 8.45 pagi tadi dengan diiringi pegawai SPRM dengan menaiki kenderaan agensi itu.

Semalam, Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi, mengesahkan tangkapan lelaki itu pada pukul 8 malam tadi, namun enggan mengulas lanjut berikutan kes masih dalam siasatan.

Pada 4 Januari lepas, empat individu termasuk dua pengarah syarikat-syarikat pengimport daging sejuk beku turut dikenakan reman, kerana dipercayai terlibat dalam kes rasuah dalam aktiviti penyeludupan bahan mentah itu.

Tiga hari kemudian, dua pegawai Maqis ditahan SPRM Johor, kerana disyaki terbabit dengan kegiatan rasuah berhubung isu aktiviti penyeludupan bahan mentah sejuk beku dari negara yang dilarang, untuk dibawa masuk ke Malaysia.

Pada 1 Disember tahun lepas, pihak berkuasa telah menyerbu sebuah kilang di Senai, sekali gus mendedahkan kegiatan kartel daging sejuk beku import yang membawa masuk daging tanpa sijil halal, sebelum meletakkan logo halal palsu untuk membolehkannya dijual di pasaran tempatan.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk tidak terlepas berita terkini dan artikel menarik


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

DBKL diberi peringatan, perketat kawal selia pembangunan berhampiran kolam takungan air

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memberi peringatan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya memperketat pemantauan dan kawal...

More Articles Like This