COVID-19: 3,339 kes baru, separuh di Lembah Klang

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Selepas melonjak lebih 4,000 angka semalam, kes positif COVID-19 hari ini mencatatkan sedikit penurunan kepada 3,339 kes.

Walaupun begitu, jumlah 3,339 penularan hari ini yang juga hari kelima Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah kedua tertinggi pernah direkodkan setakat ini.

Perkembangan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 yang pernah dikesan di negara ini berjumlah 158,434.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 yang sedang dirawat di seluruh negara ketika ini pula adalah 37,782 kes.

Menurut beliau, daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat 15 kes import.

“Selangor terus melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,314 kes.

“Ini diikuti oleh Sabah dengan 393 kes, Johor (362 kes) Kuala Lumpur (334 kes) dan Negeri Sembilan (236 kes),” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Turut melaporkan kes tiga angka ialah Pulau Pinang (120 kes), Kelantan (114 kes) dan Perak, 107 kes.

Menurut Noor Hisham, sehingga kini, terdapat 240 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 93 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Tambah beliau, dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan tujuh kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 601 (0.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Kes sembuh yang dilaporkan hari ini pula 2,676 kes.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hospital Segamat kurang 49 doktor, KKM diminta tambah petugas

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) diminta menambah bilangan petugas kesihatan terutama doktor di Hospital Segamat ekoran keperluan yang semakin mendesak. EXCO Kesihatan...

More Articles Like This