Agong titah semua pihak ketepi perbezaan perangi COVID-19

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan rakyat mengetepikan perbezaan politik, bangsa dan agama, bagi memerangi COVID-19 yang berterusan mencatatkan kes positif harian empat angka, sejak hujung tahun lalu.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata Seri Paduka Baginda yakin, dengan sokongan dan kerjasama semua pihak, negara mampu untuk sekali lagi melandaikan keluk kes jangkitan COVID-19, sekali gus meringankan beban dipikul petugas barisan hadapan.

Menurutnya seperti dilapor Bernama, baginda menzahirkan kegusaran, melihat peningkatan keperluan rawatan rapi dan penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) khususnya di Lembah Klang, yang mencatatkan kenaikan mendadak kes-kes positif.

“Berikutan peningkatan keperluan rawatan rapi dan penggunaan katil ICU ini, pesakit-pesakit jangkitan COVID-19 yang kritikal, terpaksa ditempatkan di hospital-hospital kerajaan yang lain, dan ini boleh menjejaskan rawatan pesakit-pesakit bukan COVID-19 yang lain,” titah Al-Sultan Abdullah menerusi kenyataan dikeluarkan Istana Negara, hari ini.

Semalam, negara merekodkan sebanyak 3,306 kes jangkitan COVID-19 baharu, manakala 15 hospital COVID-19 dilaporkan mencatatkan kadar penggunaan katil COVID-19 (bukan ICU) melebihi 70 peratus. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Warga emas pandu kereta lawan arus tersepit rempuh lori di Bentong

SEORANG warga emas berusia 74 tahun tersepit selepas kereta dipandunya yang dipercayai bergerak melawan arus bertembung dengan sebuah lori...

More Articles Like This