Halimah Sadique jadi Menteri Kabinet keempat positif COVID-19

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique disahkan positif COVID-19 dan akan menjalani rawatan serta tempoh kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapat oleh Kementerian Kesihatan (KKM) di Johor Bahru.

Kementerian Perpaduan Negara dalam kenyataan hari ini memberitahu sepanjang tempoh rawatan dan pemulihan, Halimah akan terus memantau dan memastikan segala urusan kementerian berjalan lancar.

“Halimah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesembuhan beliau dan memohon maaf atas segala kesulitan dan masalah yang timbul akibat perkembangan ini,” menurut kenyataan itu.

Lapor Bernama, Halimah menjalani ujian saringan COVID-19 semalam dan disahkan positif oleh KKM hari ini.

Dalam tempoh gelombang ketiga penularan COVID-19, tiga anggota Kabinet telah disah positif sebelum ini iaitu Datuk Seri Mustapa Mohamaed, Datuk Seri Rina Harun dan Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Pada tahun lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad dijangkiti virus berkenaan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Jaslinda ditemui selamat berhampiran Pos Musoh

MISTERI pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu akhirnya...

More Articles Like This