Selepas 14 tahun beg hilang, penumpang dapat ganti rugi RM8.14 juta

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Kira-kira 13 tahun lalu, seorang lelaki Orji Princi Ikem mahu berangkat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Murtala Muhammed di Lagos, Nigeria ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu sebelum meneruskan perjalanan ke GuangZhou, China melalui Hong Kong.

Detik. Com melaporkan, ahli perniagaan itu membawa sebuah beg yang bukan sahaja mengandungi barang peribadi tetapi juga wang berjumlah AS$1.63 juta (RM4.42 juta) iaitu AS$700,000 miliknya dan AS$930,000 (RM3.72 juta) kepunyaan sebuah syarikat yang meminta lelaki itu membayar sebuah barang.

Ikem amat memahami beg itu cukup berharga justeru beliau menolak permintaan kakitangan Emirates di lapangan terbang tersebut untuk menguruskan bagasinya.

Bagaimanapun mereka berkeras dengan menegaskan, adalah lebih selamat jika syarikat penerbangan itu menjaga beg berkenaan memandangkan jumlah wang yang ada di dalamnya.

Bimbang terlepas kapal terbang, Ikem akhirnya akur, selepas syarikat penerbangan itu memberi jaminan akan mengembalikan beg itu apabila dia sampai di destinasinya.
Bagaimanapun bagasi itu tidak sampai sepertimana dijanjikan.

Selama dua bulan, lelaki tersebut berusaha mengesan di manakah barang itu tercicir, namun semua hampa. Lebih mengejutkan beg itu tidak didaftarkan di mana-mana juga lapangan terbang yang beliau singgah dan polis menyatakan bagasi tersebut tidak pernah meninggalkan Lagos, maknanya Ikem berangkat tanpa menyedari barang berharga itu tidak ada di dalam penerbangannya.

Lanjutan itu Ikem membuat keputusan mengambil tindakan undang-undang ke atas Emirates dan menuntut ganti rugi.

Hari ini, Mahkamah Tinggi Persekutuan di Lagos memerintahkan Emirates membayar ganti rugi kepada Ikem iaitu menggantikan jumlah wang yang hilang, kesemua berjumlah RM8.14 juta manakala syarikat penerbangan tersebut turut didenda RM600,000 berikutan kejadian itu.

Hakim Muslim Hassan memutuskan, Emirates melalui penasihat undang-undang telah gagal menafikan dakwaan Ikem.

Sementara itu, Syarikat penerbangan tersebut menyifatkan ia bukan keputusan akhir dan akan mengemukakan rayuan.

“Kami telah mengemukakan rayuan dalam masalah ini dan bersemangat untuk mempertahankan kedudukan kami,’’ kata jurucakap Emirates yang turut menegaskan, proses menguruskan bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Murtala Muhammad di bawah bidang kuasa Syarikat Pengurusan Penerbangan Nigeria (NAHCO).


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This