Doktor barisan hadapan meninggal dunia selepas sempat dirakam keletihan

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Seorang doktor barisan hadapan meninggal dunia selepas gambar terakhir dia tertidur dan pengsan akibat keletihan dirakam oleh kawannya.

Kematian Dr.Ali Noor Hassan dihebahkan dalam Facebook Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM, semalam.

‘’Arwah adalah ahli berdaftar SPJM dan mengikut SPJM sejak 2018 serta menyertai Kursus Pengurusan Jenazah SPJM di Surau Quba Sentul pada dua tahu lalu.

” Ini gambar terakhir beliau yang sempat diambil oleh rakannya sebelum jatuh sakit kerana beban kerja terlalu penat dan letih, selain kekurangan masa untuk beristirehat setelah bertugas di barisan hadapan KKM menangani Covid-19. Beliau tertidur ketika bertugas dan pengsan, ‘’ kata SPJM.

Allahyarham Dr. Ali, kata SPJM, dikhabarkan seorang ahli khidmat dakwah dan sudah dua kali menyertai Ijtimak/perhimpunan Jemaah Tabligh di Beaufort, Sabah.

‘’Setiap kali Ijtimak besar jemaah tabligh di Sabah, Dr. Ali akan datang dari Selangor berkhidmat secara sukarela sebagai petugas perubatan bagi peserta ijtimak. Sekali lagi SPJM kehilangan seorang ahli yang begitu komited berkhidmat untuk ummah,’’ kata pertubuhan kebajikan itu.

Setakat ini, Kementerian Kesihatan belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung punca kematian Allahyarham Dr. Ali.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This