PETALING JAYA – Pandemik COVID-19 memang saat mencabar bagi kebanyakan orang. Bagi petugas kesihatan, mereka berdepan beban menggunung akibat kes-kes baharu yang mencanak naik.

Bagi anggota masyarakat pula, ada yang tejejas pendapatan bahkan ada yang kehilangan sumber rezeki akibat pandemik berkenaan.

Namun seperti mana tanda pagar #KitaJagaKita, lihatlah nasib orang di sekliling. Mungkin ada yang berlapar atau menanggung kesakitan tanpa mampu membeli ubat.

Dan ini yang berlaku pada seorang suri rumah di Petaling Jaya semalam. Awalnya dia ditahan oleh pihak keselamatan sebuah pasar raya kerana gagal membayar barang-barang yang ada bersamanya.

Gambar FB IPD PJ

Namun menghibakan, barang-barang makanan adalah makanan dan ubat-ubatan untuk kegunaan anaknya yang sedang sakit di rumah.

Apabila sampai ke pengetahuan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, pasukan itu bertindak menerusi mata hati dengan menggunakan pendekatan belas ihsan dalam situasi berkenaan.

Wanita berkenaan itu turut disantuni Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal yang membawa barang-barang keperluan untuk kegunaan individu tersebut di kediamannya hari ini.

Berkongsi perkara tersebut di Facebook IPD Petaling Jaya, Nik Ezanee terpanggil untuk mengunjungi seorang surirumah yang telah ditahan oleh anggota keselamatan di sebuah pasar raya kerana gagal membayar barang-barang yang ada bersamanya.

Kata kenyataan itu, barang-barang yang dimaksudkan adalah ubat -ubatan dan makanan untuk anaknya yang sedang sakit.

Nik Ezanee bersama pegawai IPD PJ menyampaikan bantuan kepada wanita berkenaan di kediamannya./ Gambar FB IPD PJ

“Atas dasar belas ehsan, IPD Petaling Jaya dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyumbangkan barangan makanan dan barangan harian kepada beliau agar terus cekal dalam menghadapi cabaran di dalam meneruskan kehidupan sepanjang tempoh Pandemik COVID-19 ini.

Gambar FB IPD PJ

“Susah dan senang, kita tetap bersama..” kata hantaran itu.

Hataran IPD Petaling Jaya itu menadapat respons sangat positif daripadanetizen yang memuji tindakan proaktif jabatan itu.