Loke, Saifuddin dan Dzulkefly anggotai Jawatankuasa Khas Darurat

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) telah memberi tiga nama bagi menyertai Jawatankuasa Khas Bebas untuk membuat pengesyoran kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung darurat yang dilaksanakan sehingga 1 Ogos ini.

Majlis Setiausaha PH dalam kenyataan berkata tiga nama tersebut adalah Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ahli Parlimen Seremban (DA), Loke Siew Fook dan Ahli Parlimen Kuala Selangor (PAN), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

“Hari ini Saifuddin Nasution telah menghantar satu surat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan untuk maklumkan bahawa pihak Pembangkang akan memberi tiga nama bagi tujuan tersebut,” kata kenyataan itu seperti dilapor Bernama.com.

Kenyataan bersama itu diwakili oleh Saifuddin Nasution (Setiausaha Agung Keadilan), Datuk Dr Hatta Ramli (Setiausaha Agung Amanah) dan Loke Siew Fook (Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP).

Semalam PH bersetuju menghantar tiga nama Ahli Parlimen bagi menyertai Jawatankuasa Khas Bebas yang akan menasihati secara langsung Yang di-Pertuan Agong berhubung darurat yang dilaksanakan sehingga 1 Ogos ini.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PH sambut kewujudan jawatankuasa itu dan akan menghantar wakil kerana jawatankuasa itu akan memberi pandangan berkaitan darurat.

“Cuma ia tidak sama seperti sidang Parlimen dan ia tidak khusus. Oleh kerana ia titah Yang di-Pertuan Agong, kita ambil keputusan untuk memberikan kerjasama,” kata Anwar.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This