Bekas calon PRU-14 ditahan bersama 9 pokok ganja

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Seorang ahli politik ditahan selepas dipercayai mengedar dadah di Pudu, di sini, pada Rabu.

Difahamkan, suspek berusia 35 tahun itu adalah bekas calon bagi satu kerusi parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, ditahan kira-kira jam 1.45 petang dan turut dirampas polis adalah cecair disyaki dadah jenis ketamin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, dalam serbuan itu, polis merampas 40 botol mengandungi 400 milimeter (ml) cecair dadah, wang tunai RM250 selain sebuah motosikal.

Seperti dilaporkan Sinar Harian Online, pihaknya menyerbu rumah suspek di Ampang, Selangor pada jam 7.30 petang.

“Pemeriksaan di dalam rumah terbabit menemui sembilan pokok ganja dianggarkan bernilai RM4,500, daun kering disyaki ganja (RM3,000) serta cecair dadah disyaki ketamin dan THC (RM53,100),” katanya.

Beliau berkata, difahamkan suspek menghasilkan sendiri dadah berkenaan dengan campuran ganja dan ketamin sebelum menjualnya pada harga RM300 sebotol.

Katanya, ketika soal siasat, suspek mengaku terlibat dalam kegiatan itu sejak Oktober lalu.

“Suspek direman tujuh hari sehingga 27 Januari. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya dan Seksyen 6B akta sama,” katanya.

Difahamkan, isteri bersama pembantu rumah suspek turut ditahan untuk siasatan lanjut.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua suspek curi peti wang penjual nasi lemak direman hingga 12 Jun

DUA lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes kecurian peti wang dan telefon bimbit milik seorang penjual nasi lemak di...

More Articles Like This