Hadkan jumlah jemaah demi keselamatan umat Islam – Sultan Selangor

Dari Penulis


KUALA LUMPUR – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah keputusan untuk menghadkan bilangan jemaah di masjid-masjid adalah demi menjaga keselamatan seluruh umat Islam apatah lagi statistik terbaharu di negeri itu melibatkan kes-kes jangkitan wabak Covid-19 masih lagi meningkat dengan jumlah kematian yang tinggi.

Setiausaha Sulit Selangor Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, Sultan Sharafuddin memahami kegusaran dan kebimbangan umat Islam di negeri tersebut yang belum boleh berjemaah solat fardu dan solat Jumaat di masjid-masjid kerana mematuhi garis panduan prosedur operasi standard (SOP) di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

‘’Baginda juga kesal kerana ada segelintir pihak yang tidak berfikir panjang dan hanya mementingkan diri dengan sanggup memudaratkan jemaah lain sekiranya masjid dan surau dibuka semula seperti biasa.

”Baginda tidak mahu lebih ramai lagi rakyat Selangor mendapat jangkitan akibat lalai mematuhi PKP dan SOP sehingga boleh menyebabkan kematian,’’ katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sehubungan itu baginda berharap selepas ini tidak ada lagi pihak yang bertelagah sesama sendiri berhubung keputusan yang telah diambil sebulat suara oleh pihak berwajib demi keselamatan umat Islam di negeri itu.

Titah baginda lagi, tidak bererti jika masjid dan surau ditutup maka amal ibadah juga akan terhenti.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This