4,094 kes baru, 303 ICU dan 10 lagi kematian

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Sebanyak 4,094 kes baru positif COVID-19 direkodkan hari ini sekali gus menjadi antara tertinggi yang pernah dilaporkan setakat ini.

Menurut maklumat awal dari media sosial Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 10 lagi kematian akibat COVID-19 dilaporkan hari ini.

Selangor yang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 16 hari lalu terus melaporkan penularan COVID-19 tertinggi dengan 1,577 kes.

Ini diikuti Johor dengan 717 kes, Kuala Lumpur (678), Sabah (282) dan Sarawak, 171.

FB KKM

Lain-lain negeri mencatatkan kes baru dua angka dengan Perlis melaporkan kes terendah iaitu sebanyak sembuilan penularan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes kematian keseluruhan akibat COVID-19 kini mencecah 717 setelah 10 lagi kes dilaporkan hari ini.

Menurutnya, kes-kes kematian pada hari ini dilaporkan masing-masing tiga (3) kes di Selangor dan Sabah, dua (2) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan masing-masing satu (1) kes di Kedah dan Sarawak.

“Sebanyak sembilan (9) kes melibatkan warganegara dan satu (1) kes bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, terdapat sembilan kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini.

“Ia melibatkan lima (5) kluster berkaitan tempat kerja, tiga (3) kluster komuniti, dan satu (1) kluster yang melibatkan kumpulan berisiko tinggi,” ujarnya.

Tiga daripada kluster baharu hari ini dilaporkan di Johor manakala dua lagi di Pahang dan masing-masing satu di Sarawak, Melaka, Selangor dan Labuan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This