“COVID-19 hampir ragut nyawa saya” Azizan Osman

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Usahawan, Azizan Osman menceritakan bagaimana dia mengalami sesak nafas yang teruk dan sudah di ambang maut akibat COVID-19 ketika dalam rawatan minggu lalu.

Malah, kata Azizan, seramai 31 ahli keluarganya dijangkiti virus berkenaan dengan ibu mertuanya sendiri meninggal dunia kerana COVID-19.

“Saya dah hampir maut! Nafas saya sesak! Doktor kata peluang saya amat tipis! Tapi sesuatu berlaku yang membuktikan kekuasaan Allah SWT.

“Saya dan keluarga diuji dengan COVID-19, 31 ahli keluarga saya dijangkiti dan ibu mertua saya telah kembali ke rahmatullah,” kata penceramah perniagaan terkenal itu dalam laman Facebook beliau hari ini.

Baca artikel: 12 hari bertarung COVID-19 termasuk 3 hari di ICU, Tok Pa kini dibenar discaj

Kesan COVID-19 yang dapat dilihat di tangan Azizan

Menurut Azizan, pada 7 Januari 2021, dia dan keluarga terdedah kepada individu yang positif COVID-19.

“Bagi yang ada simptom atau tahap yang teruk, melwan COVID-19 satu perjuangan.

“Anda tak boleh bernafas, tak boleh tarik, tak boleh hembus hanya gunakan mesin (bantuan pernafasan) untuk terus bernafas. Berjuang dengan otak, emosi dan diri,” ujarnya.

Menurut Azizan, kejadian yang menimpa beliau itu sebagai sesuatu yang sangat berat dan memeritkan untuk ditanggung.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bangunan haram Rohingya di Sungai Makau bakal dirobohkan

KEDIAMAN bertingkat haram yang pernah didiami etnik Rohingya di Kampung Baru Sungai Makau, Mukim Ulu Langat, bakal dirobohkan mengikut...

More Articles Like This