Perlis benar ahli jemaah maksimum solat fardu di masjid

Dari Penulis

KANGAR – Bermula solat subuh esok, Perlis membenarkan kehadiran jemaah solat fardu di masjid mengikut kapasiti maksimum masjid berkenaan sepanjang tempoh pelaksanaan perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, perkara itu telah mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berikutan situasi semasa penularan COVID-19 di negeri itu semakin terkawal.

“Bermula waktu subuh esok (29 Januari) hingga waktu isyak pada 4 Februari atau sehingga tempoh baharu yang mungkin dikeluarkan, masjid dibenarkan menerima kehadiran maksimum ahli jemaah dengan kapasiti maksimum mengikut saiz masjid,” titah baginda dalam kenyataan dikeluarkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini.

Memetik laporan Bernama, baginda selaku Yang Dipertua MAIPs bertitah, kebenaran itu terpakai di masjid dan surau asrama dan jemaah pula hendaklah terdiri daripada mereka dalam kalangan kariah sahaja berusia 15 hingga 59 tahun.

Baca artikel berkaitan: Perak benarkan solat Jumaat di surau termasuk surau sekolah, kilang

Jemaah masjid: Melaka benarkan hingga maksimum 500 orang

Tuanku Faizuddin bertitah aktiviti berkumpulan sama ada kelas, pengajian dan sebagainya selain solat Jumaat dan solat fardu buat masa ini tidak dibenarkan manakala aktiviti di surau juga masih ditangguhkan.

“Adalah diingatkan kepada seluruh rakyat, agar sentiasa mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) kesihatan dan keselamatan yang telah ditetapkan,” titah baginda.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Agong titah KP SPRM laksana amanah penuh integriti

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan nasihat kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abdul Halim...

More Articles Like This