BAHAN
2 keping mi sanggul – celur
4 ekor udang
100 gm daging – celur
2 ulas bawang putih – ketuk
½ labu bawang besar – cincang
4 biji bebola ikan – belah dua
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
2 batang sawi
½ batang lobak merah – hiris

CARA

1. Tumis bawang putih dan bawang merah. Apabila naik bau masukkan udang, bebola ikan dan daging serta kicap pekat dan sos tiram. Kacau sebati.
2. Kemudian, masukkan secawan air bersama lobak merah, sawi dan mi sanggul. Sebatikan rasa dan biarkan mendidih sebentar dan tutup api.
3. Hiaskan bersama tauge dan tomato kegemaran anda.
Foto & Resipi : Azura Yunos