Pengecualian baharui lesen memandu, LKM sampai 31 Mac

Dari Penulis

KUALA LUMUR – Kerajaan memberi pengecualian kepada semua pemilik kenderaan persendirian bagi pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Kompeten (CDL), berkuat kuasa 1 Februari hingga 31 Mac depan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata pemandu bagaimanapun perlu memastikan kenderaan mereka memiliki perlindungan insurans yang sah dan menunjukkan salinan sijil perlindungan itu kepada anggota penguat kuasa trafik sekiranya diminta.

“Pemegang LKM dan CDL yang sudah atau bakal tamat tempoh, hendaklah memperbaharui lesen masing-masing dalam masa 30 hari selepas tempoh pengecualian, iaitu hingga 30 April 2021,” katanya dalam satu kenyataan seperti dilapor BERNAMA hari ini.

Ka Siong berkata, pengecualian itu bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam usaha mengurangkan kesesakan di tempat awam.

Bagaimanapun, pengecualian tidak diberikan kepada pemilik kenderaan perdagangan dan pemegang Lesen Vokasional (GDL serta PSV).

Ini kerana perkhidmatan pembaharuan berkait mereka, masih dibenarkan beroperasi sebagai perkhidmatan perlu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengecualian memperbaharui LKM dan CDL pernah dilaksanakan dari 25 Mac hingga 30 September tahun lalu ketika penguatkuasaan PKP yang pertama.

Ka Siong sekali gus mengingatkan orang ramai supaya menjadi pemandu berhemah dan mematuhi SOP yang ditetapkan MKN sepanjang tempoh PKP.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This