Resipi ayam masak jintan

Dari Penulis

BAHAN
1 ekor ayam – potong 12
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kerisik
7 tangkai daun pudina
3 cawan air
Garam dan gula

BAHAN KISAR
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 cm halia
1 sudu kecil lada hitam

BAHAN HIRIS
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 labu bawang besar
1 cm halia

BAHAN PENUMIS
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 cm kulit kayu manis
1 helai daun pandan – siat dan simpul
1 batang serai – ketuk
2 tangkai daun kari
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi

CARA
1.Panaskan minyak, goreng bahan hiris sehingga kekuningan. Kemudian masukkan bahan penumis, dan tumis hingga wangi.
2.Masukkan bahan kisar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan serbuk kari. Jika terlalu kering, tambahkan sedikit air. Masak dengan api sederhana sehingga pecah minyak.
3.Masukkan ayam, kicap pekat , kerisik dan air. Masak sehingga ayam empuk dan kuah menjadi pekat.
4.Perasakan masakan dengan garam dan gula. Taburkan daun pudina. Kacau rata.

Foto & Resepi: Salami Simon

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Previous article
Next article

Berkaitan

Bukan Sekadar Minuman Moden, Koppiku Bawa Misi Lestarikan Warisan Peniaga Cendol Jalanan

BERDEPAN arus pemodenan, ikon pencuci mulut kebanggaan rakyat Malaysia iaitu cendol, kini diberi nafas baharu menerusi inovasi minuman gaya...

More Articles Like This