BAHAN
2 cawan beras
1 cawan susu cair
1 helai daun pandan – simpul
2 sudu besar mentega
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna hitam
Air secukupnya
Garam

BAHAN KISAR
3 cm halia
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah

CARA
1.Cairkan mentega dalam periuk nasi.
2.Tumis bahan kisar bersama bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelage sehingga wangi.
3.Masukkan beras dan kacau sehingga sekata.
4.Kemudian masukkan susu sejat, daun pandan, garam secukup rasa dan air mengikut sukatan beras.
5.Titiskan sedikit pewarna hitam dan tanak nasi sehingga masak.
6.Hidangkan bersama ayam goreng dan kuah gulai.

Resipi: Cef Shauqi Abd Rahman