Telefon bimbit MB Pahang digodam pagi ini

Dari Penulis

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memaklumkan bahawa telefon bimbit miliknya dipercayai digodam sejak awal pagi ini yang menyukarkannya berkomunikasi melalui peranti tersebut.

Sehubungan itu, beliau akan membuat laporan polis untuk mengelakkan sebarang perkara tidak diingini.

“Saya memohon berbanyak-banyak maaf kepada semua pihak yang mungkin cuba berkomunikasi dengan saya menerusi telefon bimbit.

“Saya ingin memaklumkan bahawa telefon bimbit saya dipercayai digodam sejak awal pagi ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Difahamkan, ini kali pertama kes telefon Menteri Besar Pahang itu digodam. – UtusanTV


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

‘Terlajak kata buruk padahnya’ – Fahmi beri ingatan kepada Onn Hafiz

"TERLAJAK kata buruk padahnya". Demikian tegas Datuk Fahmi Fadzil kepada Datuk Onn Hafiz susulan kenyataan Menteri Besar Johor itu menolak...

More Articles Like This