Apa motif Nikita Mirzani nak beri kondom percuma?

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SELEBRITI sensasi Indonesia, Nikita Mirzani berhasrat mahu memberi sumbangan kondom secara percuma kepada pasangan suami isteri di negaranya.

Menurut Nikita,35, cadangannya itu berikutan mahu mengekang angka kehamilan sementelah Indonesia kini dalam perlaksanaan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) oleh pemerintah sebagai usaha untuk mengelakkan penularan Covid-19.

“Zaman Covid-19 ini banyak orang menghabiskan masa duduk di rumah. Jadinya, saya mahu memberi sumbangan kondom supaya kadar kehamilan semakin mengecil,” katanya.

Malah, Nikita turut beranggapan jika seorang wanita hamil hanya akan bertambah terbeban apatah lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu disaat pandemik Covid-19 menyerang dunia.

“Masalahnya nanti cuma hamil sahaja, tetapi nanti anak yang dilahirkan tidak dirawat dan dijaga dengan baik, jadi buat apa mengandung?,” katanya lagi seperti memetik laporan di Viva.co.id.

NIKITA harap penggunaan kondom dapat kurangkan kadar kehamilan di Indonesia

Sementara itu, bintang sinetron Jodoh Wasiat Bapak tidak kisah sekiranya dilabel sebagai artis yang sengaja mahu mencari publisiti murahan.

Katanya, dia akan tetap mempamerkan kegiatan yang padanya bernilai positif di akaun media sosial milikinya.

“Ya, yang penting lihat sahaja nanti apa yang saya kongsikan di Instagram,” tuturnya.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Baby Shima angkat Bahasa Iban dalam Asai Ke Mimpi, tanda penghargaan buat Sarawak

Penyanyi popular, Baby Shima dilihat semakin mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik apabila tampil dengan single berbahasa Iban berjudul Asai...

More Articles Like This